25 Fakta Penting Tentang Sisfel Smart System

Sisfel Smart System adalah satu sistem yang dikaji untuk menyelesaikan masalah semua orang pada zaman yang semakin mencabar dan sukar.

Berikut adalah 25 fakta tentang Sisfel Smart System:

Semasa pendaftaran ejen sisfel, anda hanya perlu membayar yuran RM50 (bayaran selebihnya untuk harga produk) untuk mengakses sistem yang bernilai RM2999.

Keistimewaan ejen Sisfel ialah kita boleh memilih pekej pendaftaran mengikut pekej yang kita mampu milik. Walaupun kita memilih pekej premium contohnya, namun kita masih berpeluang untuk mendapat semua ganjaran seperti ejen yang berdaftar dengan pekej diamond. Mulakan dengan apa yang ada.

Selain itu, memandangkan konsep ejen Sisfel lebih cenderung seperti dropship (tidak perlu pegang stok dan pos barang), maka ejen Sisfel juga tidak perlu risau melaburkan wang untuk mendapatkan ready stok. Malah risiko stok habis juga dapat dikurangkan apabila ada permintaan daripada pelanggan (kecuali HQ sold out juga).

Ejen Sisfel boleh membuat jualan dengan hati yang senang. Sisfel tidak menetapkan MOQ setiap kali membuat belian produk utama (kecuali bagi produk booster/loose). Ejen Sisfel boleh membuat belian walaupun hanya 1 item dan kos pos juga masih ditanggung HQ Sisfel.

Sisfel Smart System menggariskan keahlian ejen Sisfel kekal aktif hanya dengan membuat belian sekurang-kurangnya 1 item sahaja dalam masa 3 bulan.

1- Ganjaran keuntungan jualan runcit

Keuntungan runcit hasil jualan peribadi ejen Sisfel

2- Ganjaran Bonus Insentif

Bonus dikira daripada jualan kumpulan berdasarkan level yang dicapai. Bonus insentif bermula daripada 6%-20% daripada jualan kumpulan.

3- Ganjaran Mata Terkumpul (Emas)

Mata terkumpul boleh ditebus kepada gold bar, dinar dan juga rantai tangan.

4- Ganjaran ‘Superstar’

Ejen Sisfel yang membuat jualan peribadi tertinggi dan melebihi target bulanan yang ditetapkan akan dinobatkan sebagai “SUPERSTAR” dan syarikat akan memberi ganjaran mengikut musim yang ditetapkan berbentuk barangan dan sebagainya.

5. Ganjaran “Surprise Reward”

Setiap bulan HQ akan melancarkan challenge/cabaran kepada para ejen untuk memenangi reward/ ganjaran di pertengahan bulan sebagai quick win.

6. Ganjaran Advance Class 

Setiap bulan, TOP 25 orang ejen dengan bonus tertinggi akan dijemput mengikuti kelas bimbingan khas dari BOD dan RFleader untuk membantu menbuat jualan dan menjadi leader yang lebih baik.

7- Ganjaran Anugerah Berprestij

Ejen Sisfel yang mencapai jumlah bonus insentif bersih terkumpul untuk beberapa bulan yang ditetapkan (selepas penolakan bonus ejen dibawahnya) layak mendapat hadiah berbentuk percutian atau kereta.

8- Ganjaran peluang menjadi Anak Syarikat

Bagi ejen Sisfel yang mencapai jualan sasaran yang telah ditetapkan dan mempunyai kriteria yang diperlukan oleh syarikat, ejen tersebut akan dipilih sebagai anak syarikat.

Sisfel Smart System merekod secara automatik semua belian yang dibuat oleh ejen. Rekod belian ini juga mempunyai mata ganjaran yang boleh ditebus dengan ganjaran emas setiap bulan (ganjaran bulanan-mata ganjaran tidak dibawa ke bulan seterusnya).

Secara ringkasnya, 1 nilai mata ganjaran bersamaan dengan belian ejen bernilai RM10 ( RM10=1 mata).

Sebagai contoh, dengan hanya menjual 10 set jamu, sistem telah merekod dan melayakkan ejen untuk menerima ganjaran emas.

Kebiasaannya, gaji bagi penjawat awam dan swasta akan diperolehi pada awal atau hujung bulan. Namun dengan Sisfel Smart System, bonus bulanan diberikan pada pertengahan bulan.

Tarikh ini dipilih supaya bisnes Sisfel ini menjadi penyelamat tatkala kewangan gaji pekerjaan tetap ejen Sisfel kami semakin susut.

Bonus insentif diberikan pada pertengahan bulan supaya ejen Sisfel bebas dari sindrom poket kering hujung bulan.

Dengan sisfel smart systtem, HQ akan mengeluarkan penyata gaji kepada semua ejen yang layak menerima bonus bulanan daripada syarikat.

Kini Sisfel Smart System telah merialisasikan impian peniaga terutamanya peniaga online untuk mendapatkan slip gaji bulanan perniagaan mereka. Seperti sedia maklum slip gaji adalah dokumen penting bagi sesetengah urusan rasmi.

Pengasas Sisfel Tuan Rafie dan Puan Felinna sangat komited dalam menjalankan perniagaan. Hasil titik peluh mereka tidak sia-sia apabila dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Usahawan Dipercayai Asia, Anugerah Produk Inovasi terbaik dan Anugerah Selangor Excellent Award.

HQ Sisfel iaitu Raffelinna Sdn. Bhd mempunyai pengalaman luas dalam bidang perniagaan. Pengalaman jatuh bangun bisnes menjadikan mereka semakin matang dan kukuh dalam industri perniagaan Malaysia.

Sebelum Sisfel antara jenama keluaran HQ yang pernah berjaya dan masih kekal sehingga sekarang ialah Felinna Beauty, Caliph Kids Expert dan Felinna Boutique.

Sisfel diketuai oleh 10 orang mentor dalam banyak jabatan yang boleh dijadikan rujukan. Contohnya mentor berpengalaman dari bahagian HR, Marketing , Operation, Management , Account dan lain-lain.

Ejen Sisfel tidak perlu lagi melaburkan wang untuk menghadiri kelas bimbingan tambahan kerana di Sisfel kami sudah menyediakan semua fasiliti sokongan dan latihan untuk ejen terus maju dan berjaya.

Kelas bimbingan diadakan secara online sebanyak 4 kali sebulan dan kelas offline 1 kali sebulan bertempat di HQ SISFEL di Baling, Kedah.

Semua ejen Sisfel tidak dibiarkan berniaga tanpa bimbingan dan sokongan, kumpulan sokongan disediakan di facebook dan telegram bagi memudahkan ejen-ejen berinteraksi bersama.

Ejen-ejen Sisfel diajar bisnes berstrategik. Dimana ilmu perniagaan dicurahkan supaya para ejen dapat mengembangkan perniagaan mereka ke level yang lebih tinggi seterusnya dapat mewariskan perniagaan tersebut.

Sisfel tidak mahu hanya melepaskan batuk di tangga dan membiarkan ejen langgar tembok sebelum berjaya. Ilmu sangatlah penting. Sisfel akan berikan yang terbaik semampu boleh dan hanya perlukan ejen juga komited menghadiri setiap kelas yang dianjurkan supaya matlamat tercapai.

Target sangat penting dalam perniagaan supaya dapat menjadi faktor pendorong untuk lebih berjaya. Supaya kita tahu apa yang kita perlu capai dan hala tuju perniagaan.

Dengan Sisfel Smart System, kita sudah menggariskan target-target yang perlu dicapai atau kita namakannya sebagai level archievement. Target/level yang ditetapkan adalah sangat minimum dan mampu dicapai sekiranya ejen focus membuat jualan dan disertakan hadiah kepada ejen yang berjaya meraihnya.

Namun begitu, ejen sama sekali tidak akan dipaksa malah hanya akan didorong dengan penuh semangat.

Sisfel melenyapkan ketakutan peniaga yang tidak pandai mempromosikan barang. Bahan-bahan pemasaran dan ayat iklan disediakan. Ejen Sisfel hanya perlu tiruvasi ayat-ayat iklan yang disediakan (copy dan edit ikut kesesuaian lenggok bahasa yang ejen biasa gunakan).

Walaupun begitu, HQ juga tetap menyediakan kelas, tips, latihan dan bimbingan untuk membuat ayat iklan dari masa ke masa bagi mengasah bakat ejen-ejen Sisfel supaya lebih berilmu dan mampu berdikari.

Semua produk Sisfel akan melaui penyelidikan yang teliti bagi menjamin keselamatan kepada pengguna.

Sisfel akan memastikan produk keluarannya tidak melanggar undang-undang yang telah digariskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Malah sekiranya Sisfel didapati terlepas pandang apa-apa aspek yang melanggar perundangan, Sisfel tidak teragak-agak untuk memberhentikan pengeluaran serta merta kerana bagi Sisfel, keselamatan dan kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami.

Sisfel Smart System hanya akan menyediakan produk yang berkualiti dan dijamin selamat. Hasil kajian produk yang menunjukkan keberkesanan yang baik keatas pengguna menjadikan produk jualan Sisfel mendapat permintaan tinggi dan mudah dijual.

Lambakan stok menjadi ketakutan oleh kebanyakan peniaga terutamanya yang baru ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Kebimbangan ini memuncak apabila takut tidak dapat menjual produk tersebut dan jangka hayat produk tamat tempoh.

Kami di Sisfel ingin membantu anda. Sebagai ejen Sisfel, anda tidak diwajibkan untuk meyimpan stok anda sendiri. Hanya sewaktu pendaftaran, anda akan mendapat produk yang minimum mengikut pekej yang anda pilih.

Tiada paksaan untuk pilihan pekej. Anda boleh memilih pekej yang anda suka sama ada pekej produk yang banyak atau hanya beberapa item. Produk tersebut anda boleh guna sendiri atau jual semula. Ini penting untuk anda pegang, merasai dan cuba (feel) produk itu sendiri untuk membantu anda lebih semangat membuat jualan.

Sisfel Smart System membenarkan ejen untuk hanya mengisi tempahan di sistem dan urusan pengeposan produk diuruskan oleh HQ.

Kelebihan ini sangat membantu ejen berbisnes namum pada masa sama dengan kerja tetap atau urusan rumah tangga. Ejen Sisfel tidak perlu lagi membazirkan masa menempuh kesesakan lalu lintas dan beratur panjang di pusat pengeposan semata-mata ingin pos barang pelanggan.

Semua urusan ini diuruskan oleh HQ. Malah no tacking parcel pelanggan juga HQ akan berikan langsung kepada pelanggan melalui SMS. Ejen tidak perlu lagi menyalin dan memberikan no tracking pelanggan secara manual. Hanya perlu isikan tempahan di sistem!

Disebabkan operasi pengeposan diuruskan sepenuhnya oleh HQ, maka ejen Sisfel dapat penjimatan dari sudut kos operasi. Di mana ejen Sisfel tidak lagi perlu mengeluarkan kos untuk pembelian bubble wrap, plastik poslaju, seletip, duit minyak ke pos laju, upah pekerja pembungkusan parcel dan lain-lain lagi.

Bukan itu sahaja, HQ Sisfel juga tidak mengenakan sebarang cas untuk kos operasi tersebut kepada ejen. FREE POSTAGE!

Malah ejen Sisfel juga dapat menjimatkan masa operasi dan  dan membolehkan untuk lebih masa dan fokus kepada membuat pemasaran dan jualan.

Sisfel Smart System sangat menitik beratkan keadilan terhadap semua ejen Sisfel. Selain itu Sisfel juga sama sekali tidak membenarkan testimoni yang mendedahkan aurat diberikan. Malah unsur penipuan ketika berniaga juga sangat dilarang keras.

Sisfel Smart System bukanlah sistem MLM piramid. Kami lebih gemar menggelarkannya sebagai Sistel MLM Matahari. Ini kerana dengan Sisfel Smart System membenarkan semua ahlinya untuk mengembangkan perniagaan masing-masing.

Tiada istilah ketua makan lebih hasil kerja anak buah. Siapa buat lebih maka insyaAllah lebih jugalah pendapatannya. Ini kerana ganjaran reward di Sisfel Smart System dikira bukan sahaja daripada group sales tetapi ada juga ganjaran dikira daripada jualan peribadi (personal sales).

 Jadi sekirannya anak buah membuat lebih jualan peribadi semestinya anak buah akan dapat ganjaran yang lebih.
 
Berbeza dari Sistem MLM Pyramid, Sisfel Smart System mengenakan penolakan bonus insentif keatas ketua bagi memberi ganjaran kepada anak buah yang mencapat target jualan.
 
Dalam erti kata lain, Sisfel Smart System sebenarnya tidak ubah seperti sistem direct selling ejen > stokis > HQ. Dimana apabilah anak buat mencapai sasaran jualan, stokis mengeluarkan insentif sendiri untuk memberi ganjaran kepada mereka.
 
Bezanya di Sisfel Smart System, semuanya telah disistemkan.  Ketua tidak perlu runsing lagi memikirkan ganjaran apa perlu diberikan kepada anak buah kerana sistem telah standardkan reward kepada semua.
 
Ketua juga tidak perlu membuang masa mencatat dan mengira jualan anak buah untuk diberikan ganjaran kerana semuanya telah secara automatik diuruskan oleh sistem. Semua ejen Sisfel hanya perlu menunggu duit bonus masuk sahaja pada pertengahan bulan.

Sisfel menerapkan prinsip bisnes berjemaah. Dimana kami saling bantu-membantu tanpa hasad dan iri hati. Di Sisfel, kami seperti keluarga besar. Terutamanya apabila menghadiri kelas bulanan offline, walaupun kali pertama berjumpa namun tautan kasih sayang sudah terikat dan hanya dapat dirasai oleh ahli Sisfel sahaja.

Sisfel seperti sebuah keluarga baru. Walaupun pertama kali berjumpa tetapi kehangatan kasih dapat dirasai.

Sisfel Smart Sistem atas talian dimana ianya boleh diakses di mana sahaja dengan adanya internet. Jadi, bisnes Sisfel dapat dilakukan oleh sesiapa sahaja sama ada surirumah atau penjawat awam dan swasta di mana sahaja mereka berada.

Tambahan lagi, dengan Sisfel Smart System juga ketua dapat melihat perlantikan ejen baru di susur galur legasi perniagaannya. Selain itu, sistem juga memaparkan senarai ejen yang aktif dan tidak aktif untuk rujukan ketua untuk tindakan lanjut.

Sisfel mempunyai pasukan khidmat pelanggan yang cekap dan mesra. Bukan sahaja kepada pelanggan tetapi juga kepada ejen-ejen Sisfel. Kebajikan ejen Sisfel dan pelanggan tidak akan diabaikan.

Ejen Sisfel akan dihubungi sekiranya didapati tidak membuat jualan. Bukan bertujuan untuk memaksa membuat jualan tetapi sebagai tanda ambil berat dengan keadaan semasa dan permasalahan ejen dalam perniagaan.

Pelanggan bertuah juga dihubungi bagi bertanyakan tentang maklum balas produk dan servis yang diberikan.

Sisfel Smart System merekod semua butiran ejen Sisfel dan rekod perlantikan ejen (anak buah) beserta rekod pembelian. Di sistem juga ejen perlu mengisi maklumat waris di bahagian maklumat peribadi.

Maka sekiranya berlaku sebarang musibah yang menyebabkan ejen Sisfel tersebut tidak mampu lagi meneruskan perniagaan, waris ejen dapat mengakses semua maklumat perniagaan yang terdahulu bagi menyambung legasi perniagaan.

Bisnes Era baru membawa kita kepada sistem dan servis paling baik. InsyaAllah ini apa yang kami sediakan di SISFEL – The Brand Of Success.

==========

JOM SERTAI KAMI SEKARANG! Tekan butang “Daftar Ejen Sekarang” dibawah, isi maklumat peribadi anda dan pilih pekej pendaftaran yang dikehendaki. Atau
“Hubungi Leader” untuk pendaftaran secara manual.

Selamat Berjuang Memartabatkan Ekonomi Umat Islam!

==========

Leave a Comment


INGIN LEBIH DISKAUN?

DAFTAR AHLI SISFEL PERCUMA SEKARANG!

Sila semak emel anda untuk proses pendaftaran seterusnya. Check dalam spam atau all mail jika tiada emel dalam inbox.

INGIN LEBIH DISKAUN?

DAFTAR AHLI SISFEL PERCUMA SEKARANG!

Sila semak emel anda untuk proses pendaftaran seterusnya.